Kesengsaraan yang menusuk kalbu, hanya aku saja yang mengertinya. Aku lebih rela berdiam. Apa aku peduli kalau aku isterinya ataupun tidak. Dia fikir aku ini siapa ? Ingin menuruti kemahuannya sahaja. Lebih elok jika aku berdiam, pegang pada agama, pegang kepada pendirianku dan ingatkan diri kepada Tuhan.Aku lihat perubahan dalam dirinya. Aziz mula menunjuk sikapnya yang sebenar. Ternyata benar, kisah cintanya dahulu hanya sandiwara semata-mata. Adakah benar dia sampai hati menikah diriku kerana rupaku, bukan kerana jiwa dan sanubariku. Ceraikan sahaja aku, Aziz. Biar aku melayan hati dan fikiran aku sendiri.Tidak wujud sesaat di mana aku lupakan Zainuddin, setiap detik hanyalah dia yang bertahta di hatiku. Aku rindukan Zainuddin, hatiku merayu-rayu akan kehadirannya. Aku kesepian.
15 January 2009
Monolog Kisah Cinta Hayati & Zainuddin (Safiah)
Kesengsaraan yang menusuk kalbu, hanya aku saja yang mengertinya. Aku lebih rela berdiam. Apa aku peduli kalau aku isterinya ataupun tidak. Dia fikir aku ini siapa ? Ingin menuruti kemahuannya sahaja. Lebih elok jika aku berdiam, pegang pada agama, pegang kepada pendirianku dan ingatkan diri kepada Tuhan.Aku lihat perubahan dalam dirinya. Aziz mula menunjuk sikapnya yang sebenar. Ternyata benar, kisah cintanya dahulu hanya sandiwara semata-mata. Adakah benar dia sampai hati menikah diriku kerana rupaku, bukan kerana jiwa dan sanubariku. Ceraikan sahaja aku, Aziz. Biar aku melayan hati dan fikiran aku sendiri.Tidak wujud sesaat di mana aku lupakan Zainuddin, setiap detik hanyalah dia yang bertahta di hatiku. Aku rindukan Zainuddin, hatiku merayu-rayu akan kehadirannya. Aku kesepian.
Monolog Kisah Cinta Hayati & Zainuddin
Duduklah aku seorang diri dalam Kapal Van Der Wjick. Zainuddin memaksa aku pulang ke kampung halaman, Padang. Setelah satu hari dalam perjalanan, tenggelamlah kapal ini. Apabila aku mencelik mata, kelihatan kekasihku di samping. Aku dikelilingi dinding putih. Aku telah mendengar kata-kata doktor kepada Zainuddin. Dalam masa singkat, aku akan kembali ke Illahi, meningalkan alam fana ini, untuk selama-lamanya. Zainuddin, kenapa hanya pada saat ini kau melafaskan cintamu lagi? Sememangnya, Tuhan yang menentukan segala. Syukur, pada saat-saat terakhirku, aku masih dapat berjumpa dengan Zainuddin. Suara yang terakhir aku dengar, suara Zainuddin membisikan dua kalimah syahadat.
Monolog Daeng Habibah- TKVDW
Monolog Pendekar Sutan- TKVDW
10 January 2009
Kerjaya Pilihan
Saya ingin menceburi bidang perhubungan awam. Kerjaya dalam bidang tersebut memerlukan saya untuk berhubungan dengan orang lain. Untuk menceburi bidang perhubungan awam, saya memerlukan pertauliahan yang tertentu, iaitu pelancongan dan layanan baik. Jika saya dapat mempelajari bahasa-bahasa yang lain, kemahiran ini tentunya dapat membantu saya sewaktu berhubungan dengan orang lain. Mesej yang ingin saya sampaikan dapatlah diterima dengan jelas oleh individu tersebut. Sewaktu berhubungan dengan orang asing, amatlah baik jika saya dapat menjelaskan tentang sejarah Singapura juga kalau ada yang menanya. Kerana itu, saya harus cemerlang dalam jabatan bahasa dan sejarah. Dalam peringkat sekolah, saya patut aktif dalam persembahan luar sekolah untuk lebih terdedah.
Minat saya untuk berhubungan dengan individu-individu lain telah mendorong saya untuk memilih bidang perhubungan awam bagi kerjaya saya. Sejak kecil, saya telah terdedah, untuk berhadapan dengan orang lain. Sehingga kini, walaupun masih gementar, saya telah membesar, menjadi seseorang individu yang gemar berada di kalangan orang ramai. Kerjaya dalam bidang perhubungan awam dapat memuaskan minat saya ini. Kerjaya ini juga dapat membawa saya ke luar negara. Sebuah lagi minat yang amat saya gemari kerana ia juga dapat mendedahkan diri saya kepada pelbagai budaya asing.
Bidang ini dapat mendedahkan diri saya kepada pelbagai macam orang. Ia dapat membuat saya lebih sabar akan karenah manusia yang pelbagai. Pengalaman-pengalaman yang akan saya dapat sewaktu menceburi bidang ini tentunya bermanfaat. Kerjaya dalam bidang perhubungan awam juga dapat membantu merancakkan pelancongan negara. Dengan merancakkan pelancongan negara, saya dapat membantu Singapura dalam segi ekonomi. Perkara ini, secara langsung, juga dapat memanfaatkan diri saya.
23 October 2008
Karangan BML EOY Bahagian B
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Siti Noor Sabrina Bte Noor Alim – Men 3L1 (2008)
“Sara! Sudahlah ‘tu. Kakak juga ingin menggunakan komputer. Kakak harus membuat karangan berdasarkan kajian di lelaman web,” ujar Laila.
Sudah sepuluh kali Laila menyuruh adiknya berhenti menggunakan komputer tetapi Sara tidak menghiraukannya.
“Jika ibu dan ayah masih ada, tentu Sara akan mendengar kata mereka dan berhenti menggunakan komputer,” fikir Laila.
Akhirnya, setelah lima jam menggunakan komputer, Sara mengalah dan memberi laluan untuk Laila agar dapat menggunakan komputer. Setiap hari kedua adik-beradik itu bertengkar. Ibu dan ayah Laila telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari Jakarta. Kapal terbang mereka telah terhempas. Kini, Laila hanya mempunyai Sara sebagai keluarga.
Pada malam yang dingin, Sara tiba-tiba jatuh sakit. Laila menjadi sangat cemas. Dia tidak ingin kehilangan satu-satunya ahli keluarganya. Walaupun Sara tidak memberi Laila penghormatan yang sepatutnya, Laila sangat menyayangi adiknya. Laila membawa Sara ke hospital yang berdekatan.
Setelah menjalani ujian diagnostic, doktor memberitahu bahawa kedua-dua ginjal Sara dalam proses menjadi rosak. Laila pengsan mendengarnya. Setelah sedar, Laila terus menanyakan doktor jika ada jalan untuk memulihkan adik kesayangannya. Doktor menyarankan agar Sara menjalani pembedahan sebaik sahaja mendapat penderma yang sesuai. Sementara menunggu, Sara harus menjalani dialisis.
Laila merasakan beban yang teramat berat. Laila dan Sara kedua-duanya masih bersekolah. Wang yang didapati Laila daripada pekerjaan sambilannya tidak mencukupi. Mana mungkin Laila dapat menanggung perbelanjaan yang besar untuk dialisis Sara.
Tiba-tiba Laila teringat bahawa dia mempunyai jenis darah yang sama dengan Sara, darah jenis AB. Walaupun Sara, boleh menerima ginjal dari mana-mana penderma, Laila merasakan bahawa ia mungkin mengambil masa yang terlalu lama. Jika Sara harus menunggu, itu maknanya Sara harus menjalani dialisis. Laila membuat keputusan untuk mendermakan salah satu ginjalnya. Laila ingin mempertahankan nyawa adiknya yang lebih penting walaupun nyawa Laila akan terancam.
Laila sangat menyayangi adiknya. Laila tidak menghiraukan nyawanya yang ternyata terancam. Hanya satu yang difikirkan: dia ingin Sara selamat. Ada banyak lagi perkara yang belum lagi Sara lihat dan alami. Laila bergegas ke bilik doktor lalu memberitahu cadangannya. Setelah diperiksa darahnya an didapati mempunyai darah yang sama jenis, doktor menanyakan kepada Laila jika dia benar-benar ingin memberikan ginjalnya kepada Sara.
Jantung Laila berdegap-degup dengan lebih kencang. Bukankah Laila telah membuat keputusan yang muktamad. Laila hairan akan dirinya yang masih belum dapat memberikan keputusan yang muktamad. Setelah dua jam berlalu, Laila akhirnya membuat keputusan untuk memberikan salah satu ginjalnya kepada Sara, adiknya. Laila membuat keputusan yang mempertahankan nyawa adiknya walaupun nyawanya sendiri terancam.
Karangan BML EOY Bahagian A
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Siti Noor Sabrina Bte Noor Alim – Men 3L1 (2008)
Normila Batrisyah Binti Abdul Aziz
Blk 444, Jalan Choa Chu Kang
#02-123
Singapura 640444
22 September 2008
Pegawai Perhubungan Awam
Majlis Bandaran Holland-Bukit Panjang
Bangkit Office
Blk 256, Bangkit Road,
#01-71
Singapura 670256
Tuan
Menjaga Kebersihan Estet Perumahan
Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku penghuni rumah pangsa di estet Choa Chu Kang ingin menyatakan keprihatinan saya terhadap insiden-insiden di mana penghuni-penghuni rumah pangsa membuang sampah sarap dan barang-barang yang tidak diperlukan di merata-rata tempat.
2 Sejak kebelakangan ini, saya mendapati bahawa terdapat banyak sampah sarap yang dibuang merata-rata tempat di estet perumahan. Sampah sarap ini kadangkala menghasilkan bau busuk yang tentunya tidak disenangi ramai.
3 Pada pendapat saya, salah satu langkah untuk mengurangkan jumlah sampah sarap yang dibuang di merata-rata tempat dengan menyediakan lebih tong sampah di kolong-kolong blok. Jika dibuat sedemikian, penghuni-penghuni rumah pangsa tersebut tidak boleh menyalahkan kekurangan tong sampah di estet perumahan.
4 Para penghuni juga didapati membuang barang-barang yang tidak diperlukan lagi di merata-rata tempat di estet perumahan. Antara barang-barang yang dibuang ialah sofa, pasu bunga, permainan-permainan bagi kanak-kanak kecil dan meja-meja
5 Pasu bunga yang dibuang itu selalunya yang sudah pecah. Ini menyebabkan tanah yang dikandungnya terkeluar dan mengkotori kolong-kolong blok. Sofa-sofa yang dibuang pula kadangkala barbau seperti kencing. Saya juga risau jika penduduk-penduduk yang sudah berumur tergelincir akibat permainan-permainan kanak-kanak. Saya menyarankan agar menyediakan sebuah lori setiap minggu untuk membawa barang-barang ini ke kilang agar dapat dikitar semula ataupun dibersihkan dan diperbaiki lalu didermakan kepada rumah-rumah anak yatim. Selain itu, pihak tuan juga boleh menyediakan satu bilik stor di kolong blok, khas untuk membuang barang-barang yang tidak diperlukan ini.
6 Saya berharap tuan dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan saya. Kerjasama tuan amat saya hargai.
7 Sekian, terimakasih kerana mengambil waktu untuk membaca surat ini.
Yang benar,
Normila Batrisyah Binti Abdul Aziz
21 August 2008
Sajak Hamka
(Azan)
Lahirlah seorang anak ternama
Di Sungai Batang, Maninjau Sumatera
Abdul Malik Abdul Karim Amrullah
Dikenal juga sebagai Buya Hamka.
(Muzik)
Di Kota Deli, gemuruh riuh di mana-mana
Rang Tapanuli Rang Minang semua
Datang sewaktu kota itu mula-mula dibuka
Di situlah bermula hidup mudanya.
Seorang diri Hamka melangkah kaki
Menjadi seorang yang amat disegani
Lahirlah karya-karyanya bermutu tinggi
Falsafah, tasawuf menjadi inti.
Di rantau Deli Hamka mengadu untung
19 tahun dia berlayar:
Samudera luas terbentang
Kebesaran tuhan dijulang
Sejuk hatinya saujana mata memandang
Kepada Tuhan, hatinya berpulang
Di Mekah: (Talbiyah)
Ya Allah, Ya Tuhanku
KepadaMu aku berseru
Peliharalah imanku
Iman keluarga, anak cucuku
Ya Allah
KepadaMu aku beriman
Janjiku Kaulah yang satu
Janjiku Muhammad rasulku
Janjiku umat Islam saudaraku
Janjiku Al-Quran kitabku
Lancarkan lidahku
Tajamkan kalamku
Menyeru hamba-hambaMu
Mentauhidkan Kamu yang satu
Berikanlah aku keterangan dalam hati
Berikanlah aku ketenangan dalam diri
Kaulah Tuhanku yang satu
Hidupku matiku hanyalah untukMu
Sepulangnya di Belalawan dia berlabuh
Sebelum pulang dia berteduh
Berdiamlah di Medan lalu ke Deli
Di Baja Linggi Kota Tebing Tinggi
Menjadilah beliau seorang guru terpuji
Ramai anak muda datang mengaji.
(Eeeeeeh; Raja Kuning)
Seorang pemuka bangsa yang tabah
Dalam setiap tokoh karyanya
Ditampilkan ajaran-ajaran Islam tentang akidah
Ibadah, muamalah, akhlak dan falsafah
Tidak lupa dengan kayanya sirah Nubuwah
Sejarah bangsanya yang tercinta.
Kata-katanya, sewaktu hayatnya:
Biar mati badanku ini
Payah benar menempuh hidup
Hanya khayal sepanjang umur
Biar muram sunyi pusaraku
Ceruk kerah pudingnya redup
Lebih mana tidurku di kubur
Tatkala hidupnya dihimpit derita
Tidak, tanpa sesiapa juga
Tidak kita ‘kan mati
Tuhan nan satu bertaruh diri
Jagalah maruah martabat diri
Usah terpedaya kehidupan susah
(Muzik)
Kata-katanya, sewaktu hayatnya:
Tiliklah kiranya kekurangan diri
Ditambahlah dengan ilmu pengetahuan
Seluas alam ciptaan Tuhan
(Muzik)
Anak pejuang Islam terbilang
Ibunya seorang wanita terpandang
Namun, akibat adat kaumnya yang dijulang
Hidup anak bak dagang terbuang.
(Muzik)
Kata-katanya, sewaktu hayatnya:
Usahlah berharap penghargaan orang
Biarlah merendah diri kita
Di hadapan mereka semua.
Tidak mengharap akan pujiannya orang
Sewaktu berjawatan tiada teman berharap
Setelah mengundur diri, ratusan telegram dan surat
Tak putus-putus ucap selamat terungkap.
Cintanya bulat pada bangsanya megah
Daulah Islamiyah diharapnya tercipta
Islam disorot sebagai wadah karya sasteranya
Islam itu penyelesaian masalah setiap umat manusia
Kepada Allah berkiblat setiap makhluknya.
Amin (Ikuti rentak eeeeeh; Raja Kuning)
(Muzik)
Tahun 1966 sewaktu ditahan
Selama 2 tahun hidupnya tidak kelam
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku"
(Surah Al-Dzariyat : Ayat 56)
Sinaran Al-Quran menjadi pegangan
Tafsir Al-Azhar yang lengkap tersiap
Menjadi tatapan setiap insan
Di bumi bertuah yang tenang
Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah
Sebagai ulama pembela bangsanya
Sebagai pendakwah, sastera Islam disebarkannya
Anak pintar tajam kalamnya
Kebenaran Islam disanjung-sanjungkan
Berkalam falsafah dan ajaran agamanya
Senandungnya bukan kosong
Malah sering kali berisi
Kehidupan seorang Muslim dihajati
Yang ditunutut agama suci.
28 July 2008
Anak Laut, Rahimidin Zahari
Rangkap 1 :
Segar angin laut
mengembalikan rindunya pada kolek
bagai buih kecil terapung di air
menjaring sedikit rezeki
dan sisik ikan
kulit ketam
kepala sotong
dan
kaki udang yang bersimpati
- Penulis rindu akan masa silamnya yang sering ke laut untuk mencari rezeki walaupun ia hanya sedikit
- Laut itu sudah tidak berguna lagi untuk dijadikan sumber rezeki kerana tinggal beberapa kehidupan laut sahaja di laut itu
Ayat "mengembalikan rindunya pada laut" menunjukkan kerinduan nelayan itu kepada kolek tersebut.
Ayat "sisik ikan kulit ketam kepala sotong dan kaki udang yang bersimpati" pula menujukkan keadaan laut itu yang hanya tinggal yang tidak berguna lagi kerana hanya tinggal sebahagian anggota-anggota badan kehidupan di dalamnya.
Rangkap 2 :
Seperti kolek terdampar di pasir
menampakkan uarat jalur-jalur tua
anak laut itu sudah dapat menerka
langkahnya hampir tiba
pada mura Pencipta
- Menceritakan bagaimana penulis ini tahu bahawa dia sudah tua seperti laut tersebut dan tidak lama lagi dia akan kembali kepada IIlahi.
Ayat "Seperti kolek terdampar di pasir menampakkan jalur-jalur tua" menunjukkan akan usia nelayan tersebut yang sudah tua.
Ayat "langkahnya hampir tiba pada muara Pencipta" pula menunjukkan singkatnya waktu yang tinggal pada kehidupan nelayan itu kerana tidak lama lagi, dia akan pergi menghadap yang Maha Esa.
Gaya bahasa:
- Segar angin laut mengembalikan rindunya pada kolek (rangkap 1;baris 1 & 2) - Personifikasi
- bagai buih kecil terapung di air (rangkap 1;baris 3) - Simili
- bagai buih (rangkap 1;baris 3) - Aliterasi
- Seperti kolek terdampar di pasir (rangkap 2;baris 1) - Simili
- Seperti kolek terdampar di pasir menampakkan urat jalur-jalur tua (rangkap 2;baris 1 & 2) - Personifikasi
- jalur-jalur (rangkap 2;baris 2) - Kata Ganda
- jalur-jalur tua (rangkap 2;baris 2) - Hiperbola
- anak laut itu sudah dapat menerka (rangkap 2;baris 3) - Personifikasi
- kulit ketam (rangkap 1;baris 6) - Aliterasi
24 July 2008
Jalan-jalan Raya Kotaku, Zam Ismail
Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati
- Menerangkan keadaan kota pada waktu petang ketika hujan melanda kota di mana warga-warga kota terpaksa menunggu di dalam kenderaan mereka kerana terjadinya kesesakan jalan raya dengan hati yang begitu bengang
"Tika gerimis menabur benih"
- Menunjukkan bahawa ketika itu sedang hujan.
"Lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah di hati"
- Menunjukkan bagaimana warga-warga kota tidak suka menunggu menyebabkan mereka harus menunggu dengan hati yang marah.
RANGKAP 2
Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.
- Menerangkan perasaan warga-warga kota yang tetap harus menunggu dan semakin lama merka menunggu, semakin marah mereka rasa. Ini kerana mereka tidak suka menunggu dan juga kerana mereka mula berasa bosan.
"Ketidaksabaran membengkak"
- Warga-warga semakin marah apabila mereka tetap harus menunggu dan menunggu apabila terjadinya kesesakan jalan raya.
"Kebosanan mengigit pangkal rasa"
- Warga-warga kota ini mula merasa bosan dengan keadaan yang harus mereka lalui itu.
RANGKAP 3
Demikian etika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.
- Menerangkan mengenai warga kota pada zaman ini di mana mereka tidak lagi mempunyai adab & etika. Yang ada ialah keadaan yang kacau-bilau kerana mereka tidak boleh bersabar.
"budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku"
- Ini menunjukkan ketiadaan adab antara warga kota kini.
"menghakis sopan santun seperti banjir kilat"
- Menunjukkan bagaimana sopan santun telah pun pupus dengan cepatnya di dalam zaman ini. Oleh kerana itu warga-warga kota kini sudah tidak lagi bersopan-santun.
"yang hadir adalah keserakahan"
- Menunjukkan bahawa huru-hara sahaja yang ada dalam kehidupan warga-warga kota ini. Tiada keharmonian di antara mereka disebabkan ketiadaan adab dan etika dalam diri mereka.
Rangkap 4
Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.
- Menerangkan bagaimana jalan-jalan kota kini semakin ganas dan manusia berkelakuan tidak sopan santun antara satu sama lain.
"jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan"
- Menunjukkan bagaimana kota kini sudah tidak sedamai dahulu. Ini disebabkan warga-warga kota kini yang sudah lagi tidak beretika.
"perlumbaan kebiadaban para pesakit"
- Warga-warga kota kini sudah tidak waras lagi. Mereka bukan ingin berlumba untuk menjadi orang yang baik. Mereka kerap bertengkar sesama sendiri da ingin menunjukkan siapa yang lebih biadab
"kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim"
- Lama-kelamaan manusia tidak lagi mempunyai sifat perikemanusiaan antara satu sama lain dan huru-hara akan tercetus daripada sifat itu.
GAYA BAHASA
- jalan-jalan -Kata ganda
- tika gerimis menabur benih -Personifikasi
- menerima kehadiran warga kota -Personifikasi
- lelah meresahkan -Personifikasi
- ketidaksabaran membengkak -Personifikasi
- kesombongan merajai setiap ruang -Personifikasi
- kebosanan menggigit pangkal rasa -Personifikasi
- yang hadir adalah keserakahan -Personifikasi
- santun -Personifikasi
- memacu menghimpun -Alliterasi
- sopan santun -Alliterasi
- seperti banjir kilat -Simili
- pinggir perjalanan -Alliterasi
- para pesakit -Alliterasi